Saturday, December 28, 2013

Petua Kebahagiaan Rumahtangga

Aku terbaca satu artikel dari satu blog ni. Kisah pasal rumahtangga. Aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh tergerak hati pulak nak baca. Mungkin sebab benda dah semak kat wall Facebook agaknya. Memandangkan dah ramai friend aku share link yang sama aku rasa terpanggil nak baca jugak apa yang best sangat. Ok. Berbalik kepada artikel yang aku baca tadi. Al-kisahnya tentang para isteri yang sering complain, mengadu, marah suami dan anak-anak tak bantu dalam hal-ehwal kerja rumah. Penulis artikel tu pulak sehabis boleh cuba emphasise yang sang isteri wajib taat dengan suami dalam apa jua situasi, sejajar dengan tuntutan agama Islam. Bagus.

Ok. Aku tak rasa artikel ni salah. Bagi aku semua yang ditulis adalah benar belaka. Tapi bagi aku ada sisi lain yang boleh kita tonjolkan dari cerita begini. Daripada apa yang aku baca, aku agak penulis ni seorang lelaki atau mungkin laki orang. Entahlah, mungkin aku salah.

Bukan nak debat

Aku bukanlah nak berdebat pasal tanggungjawab suami vs isteri atau apa. Aku pun bujang, belum kahwin. Ilmu aku dalam hal ehwal perkahwinan ni aku anggap masih cetek sangat. Macam air cetek kalau letak ikan mas terus mati bawah seminit.

Yang aku nak sentuh ni bab pembahagian kerja rumah tu. Bila aku baca satu komen tu, hati ni macam tergerak nak menulis. Nak share persepsi aku tentang perkara ni. Komen dia aku quote sikit:
...pinggan sendiri pun x bleh nk basuh... sebiji pinggan dia pun x bleh nk tolong basuk.. kalu tinggal sorang2 kt umah.. bini balik keja..tengok umah selerak mcm nk gila.. kain baju x reti masuk dalam bekas kotor.. pinggan cawan yg dh guna berketungging kt sinki.. bilik air bau hancing.. x reti nak cerok bg bersih...
-bravo sokmo 9 October 2012 10:06
Kesian kakak ni. Mungkin dah jodoh dia dengan lelaki pemalas. Nak wat camna. Harap-harap kakak ni sudah menemui jalan penyelesaian kepada masalahnya.

Masalah kerja rumah

Kerja rumah ni bukan bermaksud homework yang cikgu sekolah bagi tu ya adik-adik. Kerja rumah yang aku cuba ketengahkan kat sini ialah yang melibatkan urusan rumah tangga, contoh macam membasuh pakaian, cuci pinggan mangkuk, sidai kain, sapu rumah, mop lantai, cuci kereta, siram pokok, kutip daun kering kat laman dan pelbagai lagi lah yang kita boleh nampak kat rumah kita.

Umumnya, lelaki anggap kerja-kerja ni kerja remeh. Jadi semuanya kerja perempuan. Sebab itu kalau kita pergi rumah sewa kawan kita yang lelaki memang condition dia tak lari jauh daripada macam tongkang pecah atau macam reban ayam. Sebab ini mentaliti mereka. Kalau kita belah kepala hotak mereka, kita boleh faham yang mereka ni mementingkan simplicity (bukan mekap) dan praktikaliti.

Sebagai contoh pernah tak korang kemas rumah lepastu korang alihkan barang lelaki. Contoh macam wallet diorang ada dok atas tv tapi masa kemas tu korang alih letak kat atas meja contohnya. Cuba tengok apa reaksi diorang. Tak kira lah walau dekat macam manapun korang alih barang tu, diorang tak akan jumpa punya. Sebab kepala hotak dia dah set "Wallet aku kat tv." Sebab itu kalau korang tengok bilik lelaki bersepah korang jangan nak berleter terus. Dia sepah tu sebab nanti senang, location barang apa semua dah hafal dalam kepala. Orang pempuan memang tak faham dan takkan faham. Nasib baik adik-beradik aku semua lelaki.

Dalam banyak-banyak lelaki yang aku kenal, bapak aku je laki yang aku rasa lain daripada lelaki lain. Bukan lain sebab dia boleh bertukar jadi otromen ke apa. Tapi sebab dia menitikberatkan pembahagian tugas dalam rumah kepada semua orang. Maybe sebab dia tau anak dia semua lelaki so dia kena tekankan lah yang lelaki pun kena tahu buat kerja rumah. Bayangkan la, ibu aku sorang jer pempuan, patah riuk la dia kalau buat sorang-sorang. Gurau. Pempuan ni makhluk ulung. Sedangkan bertarung nyawa (bersalin) pun boleh diredah sampai 5 kali inikan pulak setakat kemas rumah. Apalah sangat. Serius, bagi aku orang pempuan terutama kaum ibu ialah real life superheroes. Ok. Cukuplah puji sikit-sikit.

Ok. Biar aku cerita sikit perihal keluarga aku. Keluarga yang didirikan oleh ibu dan ayah aku kira bahagia lah. Kalau kebahagiaan tu boleh diukur dengan harta benda, keluarga aku kira bahagia jugak. Ada rumah banglo besar, kereta empat bijik, ada tanah beberapa ekar dan pendapatan keluarga melebihi RM 15k sebulan. Kalau kebahagiaan tu diukur dengan perkara yang intangible macam kasih sayang, keluarga aku pun bahagia jugak. Adik-beradik semua ngam, sekepala. (Kami 5 orang adik beradik lelaki). Hormat ibu ayah. Ayah pulak selalu gerak ke masjid (kami yang lain pun kadang-kadang). Ibu dan ayah aku tak pernah la aku tengok gaduh besar ke apa.

Ayah aku selalu tekankan lelaki pun kena pandai buat kerja rumah. So, aku dengan bangganya nak bagitahu semua orang, aku umur 9tahun dah pandai tanak nasi. Memang nampak simple setakat masak nasik kan? Tapi korang jangan tak tahu ada budak-budak pempuan zaman sekarang ni masak nasik pakai rice cooker pun fail, sukat air pun tak reti. Jadi aku yang berumur 9tahun dan pandai masak nasik tu kira power lah. Bukan tu je, sebelum aku tamat sekolah rendah, aku dah reti pakai mesin basuh, dah reti sidai baju, angkat baju bila mendung, tau pilih, yang mana lembap lagi tak yah angkat. Semua sebelum masuk form1.

Cerita dia sekarang bukanlah aku nak berlagak. 

Tapi semua kerja yang kita anggap pempuan jer yang kena buat sebenarnya lelaki pun boleh buat dan bagi aku wajib buat. Sebab soal kemas rumah semua ni kan adab. Sebagai seorang lelaki, nak jadi ketua dalam rumahtangga kenalah pandai dari segala segi. Termasuklah dalam menolong bini tu buat kerja rumah. Kalau taknak bini tu berleter, tolonglah sama. Bini tu pun bukannya robot, nak pakai lama kan abang-abang sekalian? Jadi kenalah jaga hati dia. Memang syurga tu bawah telapak kaki suami. Si isteri tak boleh melawan suami dalam apa jua situasi. Tapi kalau suami asyik buat hal, pemalas, semua berkira, isteri je lah yang masuk syurga nampaknya. Suami wallahualam. Bukankah kita dah promise nak jadi suami isteri sampai ke jannah?
Dah baca tu komenlah sikit. Kasihan penulis rasa keseorangan.